Wednesday, 17 August 2011

Sumbangan Mangsa Kebakaran Di Bukit Kayu Hitam




Bukit Kayu Hitam,15 Ogos 2011 :Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly bin Mohamad bersama Exco Negeri Kedah, YB Tuan Hj IrAmiruddin bin Hj Hamzah serta Dato' Noh, dan lain- lain lagi telah melawat Rumah mangsa kebakaran di Bukit Kayu Hitam.


Kejadian dikatakan berpunca daripada kebocoran elektrik dan kerugian masih belum dikenalpasti. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri, lajnah kebajikan Pas Serta Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly bin Mohamad telah memberikan sumbangan kepada mereka yang menjadi mangsa kebakaran itu. 


Menurut Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu, En Zulkifly bin Mohamad, Keadilan Kubang Pasu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat terutamanya dikawasan Dun Bukit Kayu Hitam.  






Penghuni rumah tersebut menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku kepada YB Tuan Hj IrAmiruddin bin Hj Hamzah serta disaksikan penduduk perumahan tersebut dan Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly Bin Mohamad.


Penduduk juga menyatakan ketidakpuas hatian mereka terhadap kerajaan Pimpinan Barisan Nasional yang semakin merosot akibat rasuah yang semakin berleluasa. 







Menurut Penduduk di kawasan perumahan tersebut, mereka terkejut dan terharu dengan kehadiran pihak Kerajaan Negeri, Lajnah Kebajikan Pas serta Cabang Pimpinan Kubang Pasu,  En Zulkifly bin Mohamad.


 Menurut Penduduk lagi, mereka berharap kerajaan Pakatan Rakyat akan terus memerintah Kedah kerana ketelusan Kerajaan Pimpinan Pakatan Rakyat dalam memerintah Kedah.
 Selain itu, Pemangku Ketua Cabang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MASYARAKAT SAMADA DI BANDAR ATAUPUN DI KAMPUNG. 


Menurut En Zulkifly lagi, beliau menjemput semua masyarakat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pakatan Rakyat di Kg Lembah Palas, Jalan Changlun-Kodiang.


Keadilan kubang pasu juga dalam perancangan untuk membuat program majlis Aidilfitri.




''UBAH SEKARANG, DEMI RAKYAT''

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...