Mentaloon, Alor Star 17 Ogos 2011 : Cabang pimpinan kubang pasu, En Zulkifly menghadiri majlis berbuka puasa bersama MB kedah dan MKK zon utara.
Beliau bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah pun kembali berkhidmat setelah menjalani rawatan Jantung di Institut Jantung Negara, IJN.
Program seperti ini dapat menjalinkan silaturrahim antara majlis komuniti ketua-ketua kampung Negeri Kedah.
Encik Zulkifly juga berkata, Program seperti ini perlu dibuat selalu walaupun secara kecilan. Disamping dapat mendekati rakyat, kita juga dapat menunaikan dalam menjaga serta mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat sekaligus dapat menaikkan Martabat Islam dalam perpaduan Kaum.
Pihak cabang Kubang Pasu dan Srikandi Kubang Pasu juga telah merancang dan membentuk jawatankuasa untuk majlis berbuka puasa bersama Pakatan Rakyat anjuran Srikandi dan Cabang Kubang Pasu pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadan 1432.
Selain program berbuka puasa, Keadilan Kubang Pasu juga mengadakan Program Bubur Lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat di sekitar Pekan Changlun. Sumbangan dari DZ Trade SDN BHD juga diberikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim.
Pagi hari ini, MB kedah bersama Exco Kerajaan Negeri telah bermesyuarat dan setuju untuk pemberian Bonus kepada kakitangan kerajaan negeri.
Elaun juga telah diluluskan, dan Beliau juga berharap agar MKK dapat menjalankan tugas dengan baik untuk membantu rakyat.
Semoga Elaun dapat disalurkan dengan cepat kepada semua MKK dan setiausaha.
- warta keadilan kubang pasu
No comments:
Post a Comment