Thursday, 18 August 2011

Sumbangan Bubur Lambuk Daripada Pemangku Ketua Cabang, Zulkifly Mohamad





18 Ogos Napoh : Pemangku Ketua Cabang KeADIlan Kubang Pasu, Encik Zulkifly bin Mohamad menjemput rakyat sekitar Pekan Napoh menikmati bubur lambuk sumbangan beliau kepada masyarakat.

Program ini bermula daripada Awal Ramadan lagi. Program ini dibuat selang sehari. Tambahnya lagi, program ini bertujuan untuk mengajak rakyak untuk bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.

Program ini dibantu oleh Srikandi Keadilan Kubang Pasu. alhamdulillah program ini mendapat sambutan masyarakat.

Encik Zulkifly juga berkata, pada hari Ahad ini, 21 Ogos, kita akan membuat Majlis Berbuka Puasa serta membuat bubur lambuk secara besar-besaran untuk diedarkan kepada masyarakat sekitar Pekan Changlun.

Srikandi Keadilan Kubang Pasu sedang membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat.







Srikandi Keadilan Kubang Pasu sedang mengedar bubur lambuk kepada masyarakat

-warta keadilan kubang pasu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...