Friday, 26 August 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DARI KEADILAN KUBANG PASU


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DARIPADA PIMPINAN CABANG KUBANG PASU

Thursday, 18 August 2011

Sumbangan Bubur Lambuk Daripada Pemangku Ketua Cabang, Zulkifly Mohamad





18 Ogos Napoh : Pemangku Ketua Cabang KeADIlan Kubang Pasu, Encik Zulkifly bin Mohamad menjemput rakyat sekitar Pekan Napoh menikmati bubur lambuk sumbangan beliau kepada masyarakat.

Program ini bermula daripada Awal Ramadan lagi. Program ini dibuat selang sehari. Tambahnya lagi, program ini bertujuan untuk mengajak rakyak untuk bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara.

Program ini dibantu oleh Srikandi Keadilan Kubang Pasu. alhamdulillah program ini mendapat sambutan masyarakat.

Encik Zulkifly juga berkata, pada hari Ahad ini, 21 Ogos, kita akan membuat Majlis Berbuka Puasa serta membuat bubur lambuk secara besar-besaran untuk diedarkan kepada masyarakat sekitar Pekan Changlun.

Srikandi Keadilan Kubang Pasu sedang membungkus bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat.







Srikandi Keadilan Kubang Pasu sedang mengedar bubur lambuk kepada masyarakat

-warta keadilan kubang pasu

Wednesday, 17 August 2011

Majlis Berbuka Puasa bersama MB kedah serta MKK




Mentaloon, Alor Star 17 Ogos 2011 : Cabang pimpinan kubang pasu, En Zulkifly menghadiri majlis berbuka puasa bersama MB kedah dan MKK zon utara.

Beliau bersyukur kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah pun kembali berkhidmat setelah menjalani rawatan Jantung di Institut Jantung Negara, IJN. 

Program seperti ini dapat menjalinkan silaturrahim antara majlis komuniti ketua-ketua kampung Negeri Kedah.

Encik Zulkifly juga berkata, Program seperti ini perlu dibuat selalu walaupun secara kecilan. Disamping dapat mendekati rakyat, kita juga dapat menunaikan dalam menjaga serta mengeratkan silaturrahim di kalangan masyarakat sekaligus dapat menaikkan Martabat Islam dalam perpaduan Kaum.

Pihak cabang Kubang Pasu dan Srikandi Kubang Pasu juga telah merancang dan membentuk jawatankuasa untuk majlis berbuka puasa bersama Pakatan Rakyat anjuran Srikandi dan Cabang Kubang Pasu pada 21 Ogos 2011 bersamaan 21 Ramadan 1432. 

Selain program berbuka puasa, Keadilan Kubang Pasu juga mengadakan Program Bubur Lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat di sekitar Pekan Changlun. Sumbangan dari DZ Trade SDN BHD juga diberikan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. 

Pagi hari ini, MB kedah bersama Exco Kerajaan Negeri telah bermesyuarat dan setuju untuk pemberian Bonus kepada kakitangan kerajaan negeri.

Elaun juga telah diluluskan, dan Beliau juga berharap agar MKK dapat menjalankan tugas dengan baik untuk membantu rakyat.

Semoga Elaun dapat disalurkan dengan cepat kepada semua MKK dan setiausaha. 
- warta keadilan kubang pasu

Sumbangan Mangsa Kebakaran Di Bukit Kayu Hitam




Bukit Kayu Hitam,15 Ogos 2011 :Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly bin Mohamad bersama Exco Negeri Kedah, YB Tuan Hj IrAmiruddin bin Hj Hamzah serta Dato' Noh, dan lain- lain lagi telah melawat Rumah mangsa kebakaran di Bukit Kayu Hitam.


Kejadian dikatakan berpunca daripada kebocoran elektrik dan kerugian masih belum dikenalpasti. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri, lajnah kebajikan Pas Serta Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly bin Mohamad telah memberikan sumbangan kepada mereka yang menjadi mangsa kebakaran itu. 


Menurut Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu, En Zulkifly bin Mohamad, Keadilan Kubang Pasu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat terutamanya dikawasan Dun Bukit Kayu Hitam.  






Penghuni rumah tersebut menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku kepada YB Tuan Hj IrAmiruddin bin Hj Hamzah serta disaksikan penduduk perumahan tersebut dan Pemangku Ketua Cabang, En Zulkifly Bin Mohamad.


Penduduk juga menyatakan ketidakpuas hatian mereka terhadap kerajaan Pimpinan Barisan Nasional yang semakin merosot akibat rasuah yang semakin berleluasa. 







Menurut Penduduk di kawasan perumahan tersebut, mereka terkejut dan terharu dengan kehadiran pihak Kerajaan Negeri, Lajnah Kebajikan Pas serta Cabang Pimpinan Kubang Pasu,  En Zulkifly bin Mohamad.


 Menurut Penduduk lagi, mereka berharap kerajaan Pakatan Rakyat akan terus memerintah Kedah kerana ketelusan Kerajaan Pimpinan Pakatan Rakyat dalam memerintah Kedah.
 Selain itu, Pemangku Ketua Cabang juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MASYARAKAT SAMADA DI BANDAR ATAUPUN DI KAMPUNG. 


Menurut En Zulkifly lagi, beliau menjemput semua masyarakat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pakatan Rakyat di Kg Lembah Palas, Jalan Changlun-Kodiang.


Keadilan kubang pasu juga dalam perancangan untuk membuat program majlis Aidilfitri.




''UBAH SEKARANG, DEMI RAKYAT''

Pemangku Ketua Cabang sentiasa bersama rakyat

Selepas perbincangan program Berbuka Puasa Bersama Rakyat pada 13 Ramadan...Cabang Kubang Pasu berbesar hati sekali lagi untuk bersama rakyat melawat penduduk di Kg Lanterom, Changlun..

'''Kedah, depa perintah..kawasan depa menang, tapi masih ramai lagi rakyat menggunakan air kolam (parit) sebagai sumber air'''

Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersama rakyat, dengan prinsip ''Demi Rakyat'' sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat...

Lawatan Pemangku Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat sekali lagi turun ke Kg Lanterom untuk berjumpa sendiri dengan Makcik tersebut...Lawatan ini juga disertai MKK kawasan tersebut yang sentiasa bersama rakyat...

Pemangku Ketua Cabang bersama pengerusi tetap memberikan bantuan  kepada Makcik
keadaan rumah

masih menggunakan telaga



memantau keadaan rumah
keadaan rumah
Insya-Allah...Allah maha Adil...Allah Maha Besar...Kita akan pegang Putrajaya Demi Rakyat..kita akan hapuskan rasuah..kita akan utamakan rakyat, bukan KRONI...

''Ubah Sekarang, Ubah Malaysia''

KeADILan Kubang Pasu.blogspot.com

Saturday, 13 August 2011

Program Berbuka Puasa bersama Rakyat akan diadakan pada 21 Ramadan

Assalamualaikum dari warga KeADILan Kubang Pasu...
Semoga sihat selalu Rakyat Malaysia...

''DEMI RAKYAT''

Sekali lagi Srikandi KeADILan Kubang Pasu bersama Pimpinan Cabang Kubang Pasu akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan sumbangan kepada rakyat..Lebih 100 orang akan menerima bantuan dalam bentuk makanan seperti Beras, gula, dan lain-lain lagi...Alhamdulillah, dengan Izin Allah, program seperti ini akan dibuat lagi...nantikan program tersebut pada 21 ramadan!


Tuesday, 9 August 2011

Program Masuk Kampung bantu Rakyat

Semakin hari semakin ramai yang ingin mengikuti perkembangan Parti Keadilan Rakyat. Ini kerana kesugguhan Ahli-ahli dalam Parti Keadilan Rakyat Kubang Pasu dan kerjasama dari PAS serta DAP dalam membantu rakyat. Baru- baru ini, bakal calon KeADILan Rakyat yang juga merupakan Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu, En Zulkifly Bin Mohamad telah membuat satu program ''masuk kampung'' untuk membantu rakyat yang susah. Ternyata ramai lagi rakyat dikawasan pendalaman yang masih susah. Mereka juga inginkan perubahan. ''orang kedah kata, dok makan ayam ikan bilis ja pun 30 tahun kat Kedah, sesekali kena la jugak nak merasa ayam goreng''

  
inilah yang dikatakan ADIL untuk semua. tidak mengenal erti warna dalam membuat keADILan kepada masyarakat. di Kubang Pasu, pemimpin macam ni lah yang kami mahukan. En Zulkifly bersama En Fadzli dan seorang veteran UMNO.







Sanggup merentas kg untuk membantu rakyat!






Inilah yang dikatakan , Demi Rakyat!
Ubah Sekarang, Ubah Malaysia!


Friday, 5 August 2011

Majlis bersama Pakatan Rakyat dan sumbangan kepada kaum India, Cina dan Siam

Assalamualaikum dari pihak pengurusan KeADILan Kubang Pasu. Alhamdulillah, program bersama Pakatan Rakyat dan memberi sumbangan kepada Kaum India, Cina dan Siam telahpun berjaya dilakasanakan.
Program ini juga dianjurkan oleh Srikandi KeADILan Kubang Pasu. Program ini juga merupakan sumbangan peribadi dari bakal Calon KeADILan Kubang Pasu di Dun Bukit Kayu Hitam, En Zulkifly bin Mohamad.
Program ini juga bertujuan untuk mendekati rakyat secara dan membantu rakyat di kawasan Dun Bukit Kayu Hitam. Alhamdulillah, lebih 400 ratus orang yang hadir semasa program tersebut berjalan. Lebih lanjut tentang jemputan dan tentatif program, [click here]

SEBELUM PROGRAM BERMULA

SEMUA KAUM HADIR

PERSEDIAAN PROGRAM

UCAPAN PERASMIAN DARI SRIKANDI KEADILAN KUBANG PASU

UCAPAN DARI KETUA SRIKANDI KEDAH
UCAPAN DARI KETUA SRIKANDI PUSAT, CIK SITI AISYAH BINTI SHAIK ISMAIL
PENYERAHAN BORANG SRIKANDI KEPADA KETUA SRIKANDI PUSAT, CIK SITI AISYAH

UCAPAN DARI EN ZULKIFLY BIN MOHAMAD, PEMANGKU KETUA CABANG KEADILAN KUBANG PASU, BAKAL CALON DUN BUKIT KAYU HITAM



PENERIMA SUMBANGAN DARI KAUM CINA


PENERIMA SUMBANGAN DARI KAUM SIAM

TANDA SOKONGAN DARI KAUM INDIA YANG INGINKAN PERUBAHAN UNTUK RAKYAT
JUGA UCAPAN DARI YB TAN CHOW KANG

 lihat lagi gambar semasa program [click here]

Sebanyak 164 penerima sumbangan dari pelbagai kaum.
ALHAMDULILLAH, PROGRAM INI TELAH SELESAI...DAN BERJAYA CAPAI MATLAMAT UNTUK MEMBANTU RAKYAT SELARI DENGAN TEMA KITA DEMI RAKYAT!  

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU DAN KEADILAN KUBANG PASU MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA PEMANGKU KETUA CABANG, EN ZULKIFLY BIN MOHAMAD DI ATAS SUMBANGAN BELIAU KEPADA RAKYAT.



KEADILAN UNTUK SEMUA, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DARI KEADILAN KUBANG PASU.

keadilan kubang pasu : kita perlu bersama rakyat untuk menuntut hak sebagai rakyat, dan  tumbangkan kerajaan yang tidak adil dan bersifat perkauman, DEMI RAKYAT, UNTUK SEMUA!
Bukit Kayu Hitam milik rakyat, milik kerajaan rakyat dibawah Pakatan Rakyat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...