Monday, 17 October 2011

Barisan Pimpinan Cabang Kubang Pasu menghadiri kursus Pilihanraya bersama PAS

''Demi Rakyat"



14 Oktober 2011, Jitra : Barisan pimpinan PKR cabang kubang Pasu telah menghadiri kursus Pilihanraya bersama PAS untuk memantapkan lagi perpaduan dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama Islam, dan sesama  kaum yang lain. Alhamdulilah,Kerjasama yang kukuh ini terjalin apabila semua masyarakat,berbilang Agama dan kaum turut serta dalam majlis yang penuh meriah tersebut. Selari dengan ''KEDAH SEJAHTERA'' dan ''DEMI RAKYAT'' , PKR cabang Kubang Pasu kali ini lebih teratur untuk merangka pelbagai program semuanya untuk rakyat,mambantu rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat terbentuk daripada gabungan semua rakyat.

Majlis itu dirasmikan oleh Dato Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa bin Ismail. Antara agenda majlis tersebut ialah, Bacaan Doa, Kemudian tazkirah perjuangan Pas, Penerangan Politik dan Islam, Perjuangan Rasulullah, dan seterusnya. Antara pimpinan PKR yang Hadir ialah Setiausaha Perhubungan PKR negeri Kedah, En Ahmad Fadzly bin Mohamed Yeop , Pemangku Ketua Cabang PKR Kubang Pasu, En Zulkifly bin Mohamad, Pengerusi Tetap PKR Cabang Kubang Pasu, Segaran dan Ahli Jawatankuasa lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...