Pn Sabrina, Yb Tan Chow Kang, barisan Pimpinan PKR Kubang Pasu |
Saturday, 29 October 2011
25 Pelajar India mendapat sumbangan daripada Srikandi Keadilan Kubang Pasu
JITRA 23.oktober 2011 : Seramai 25 orang pelajar India dari Kubang Pasu bersorak riang apabila mereka dipilih untuk dibawa ke pasaraya Hari-hari untuk diberi sumbangan sempena Deepavali. Mereka yang terpilih daripada Napoh, Changloon dan Jitra. Turut hadir semasa program tersebut ialah Yb Tan Chow Kang. Sebelum dibawa ke Pusat belibelah, Yb Tan Chow Kang telah mengambil keputusan untuk bawa kami ke Gerai untuk sarapan pagi. Yb Tan Chow Kang yang juga Exco Pengangkutan berbesar hati untuk ke program ini kerana beliau berpendapat, program ini selaras dengan perjuangan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mensejahterakan Rakyat. Pn Sabrina binti Ahmad yang juga Ketua Srikandi Keadilan Kubang Pasu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Srikandi Kubang Pasu yang hadir dalam membantu menjayakan program ini. Beliau bersyukur kerana dapat bersama semua pelajar dan program seperti ini akan terus bergerak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment