Pn Sabrina, Yb Tan Chow Kang, barisan Pimpinan PKR Kubang Pasu |
Saturday, 29 October 2011
25 Pelajar India mendapat sumbangan daripada Srikandi Keadilan Kubang Pasu
JITRA 23.oktober 2011 : Seramai 25 orang pelajar India dari Kubang Pasu bersorak riang apabila mereka dipilih untuk dibawa ke pasaraya Hari-hari untuk diberi sumbangan sempena Deepavali. Mereka yang terpilih daripada Napoh, Changloon dan Jitra. Turut hadir semasa program tersebut ialah Yb Tan Chow Kang. Sebelum dibawa ke Pusat belibelah, Yb Tan Chow Kang telah mengambil keputusan untuk bawa kami ke Gerai untuk sarapan pagi. Yb Tan Chow Kang yang juga Exco Pengangkutan berbesar hati untuk ke program ini kerana beliau berpendapat, program ini selaras dengan perjuangan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam mensejahterakan Rakyat. Pn Sabrina binti Ahmad yang juga Ketua Srikandi Keadilan Kubang Pasu merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Srikandi Kubang Pasu yang hadir dalam membantu menjayakan program ini. Beliau bersyukur kerana dapat bersama semua pelajar dan program seperti ini akan terus bergerak.
Monday, 17 October 2011
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Kubang Pasu
14 OKtober 2011 : Pejabat KeADILan Napoh meriah dengan suasana perbincangan yang selesa. Mesyuarat tersebut dirasmikan sendiri oleh Pengerusi KeADILan Negeri Kedah. Selain daripada mesyuarat, KeADILan Kubang Pasu juga memberi sumbangan kepada warga India Sempena Hari Deepavali yang akan datang tidak lama lagi. Penyerahan sijil juga diberikan kepada Ahli-ahli yang berkhidmat kepada Keadilan Kubang Pasu.
''Demi Rakyat''
Barisan Pimpinan Cabang Kubang Pasu menghadiri kursus Pilihanraya bersama PAS
''Demi Rakyat"
14 Oktober 2011, Jitra : Barisan pimpinan PKR cabang kubang Pasu telah menghadiri kursus Pilihanraya bersama PAS untuk memantapkan lagi perpaduan dan mengukuhkan lagi ukhuwah sesama Islam, dan sesama kaum yang lain. Alhamdulilah,Kerjasama yang kukuh ini terjalin apabila semua masyarakat,berbilang Agama dan kaum turut serta dalam majlis yang penuh meriah tersebut. Selari dengan ''KEDAH SEJAHTERA'' dan ''DEMI RAKYAT'' , PKR cabang Kubang Pasu kali ini lebih teratur untuk merangka pelbagai program semuanya untuk rakyat,mambantu rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat terbentuk daripada gabungan semua rakyat.
Majlis itu dirasmikan oleh Dato Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa bin Ismail. Antara agenda majlis tersebut ialah, Bacaan Doa, Kemudian tazkirah perjuangan Pas, Penerangan Politik dan Islam, Perjuangan Rasulullah, dan seterusnya. Antara pimpinan PKR yang Hadir ialah Setiausaha Perhubungan PKR negeri Kedah, En Ahmad Fadzly bin Mohamed Yeop , Pemangku Ketua Cabang PKR Kubang Pasu, En Zulkifly bin Mohamad, Pengerusi Tetap PKR Cabang Kubang Pasu, Segaran dan Ahli Jawatankuasa lain-lain lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)