Monday, 5 September 2011

Program Berbuka Puasa Bersama Pakatan Rakyat - 21 Ramadan

21 Ogos 2011 / 21 Ramadan 1432 , Kg Lembah Palas : Program Berbuka Puasa bersama masyarakat serta sumbangan dan zakat kepada warga emas,ibu tunggal dan anak-anak yatim telahpun berjaya dilaksanakan oleh PKR Kubang Pasu dengan bantuan Srikandi KeADILan Kubang Pasu. Sumbangan juga dibuat oleh DZ Trade (M) sdn bhd.


Program yang mendapat sambutan hampir 500 orang itu telah berjaya memikat hati masyarakat Changlun untuk mendekati Pakatan Rakyat. Antara Kenamaan yang hadir ialah Yb Zuraidah Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang, Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa ISmail, Ketua Keadilan Negeri Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa dan Ketua Srikandi Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail, Ketua Muslimat PAS Kubang Pasu, Dr Rohani binti Abdul Mutalib.


Selain itu, turut hadir ialah, Ahli-ahli majlis Cabang PKR Kubang Pasu, Ahli Pas Kawasan, Pengerusi DAP Kubang Pasu, Ketua-Ketua Imam, Ketua- Ketua Kampung dan masyarakat sekitar Kawasan Changlun.

Antara tentatif program pada hari tersebut ialah :

5.30 ptg   : Ucapan Alu-aluan dan bacaan doa
5.45 ptg   : Ucapan Pemangku Ketua Cabang Keadilan Kubang Pasu , En Zulkifly bin Mohamad
5.55 ptg   : Ucapan oleh Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa bin Ismail.
6.10 ptg   : Ucapan Ketua Muslimat Pas Kubang Pasu, Dr Rohani binti Abdul Mutalib.
6.20 ptg   : Ucapan Ketua Keadilan Negeri Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa.
6.30 ptg   : Ucapan Ketua Sriakandi Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail.
6.40 ptg   : Ucapan Perasmian oleh Yb Zuraidah Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang.
6.50 ptg   : Sumbangan dan zakat
7.10 ptg   : Bacaan Tahlil
7.31 ptg   : Majlis Berbuka Puasa
8.30 ptg   : Bersurai

Seramai 40 Anak-anak yatim menerima bantuan zakat dan 130 Ibu tunggal,warga tua, dan orang susah menerima sumbangan berupa makanan.

''DEMI RAKYAT''

GALERI GAMBAR












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...