21 Ogos 2011 / 21 Ramadan 1432 , C-Mart Changlun : PKR Cabang Kubang Pasu di ketuai oleh Encik Zulkifly bin Mohamad yang merupakan Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu telah mengadakan Program Edar Bubur Lambuk di sekitar Pekan Changlun. Lokasi yang menjadi tumpuan ialah di hadapan Pasaraya C-Mart Changlun dan Bazar Ramadan di Pekan Lama Changlun. Program ini juga dibantu oleh Srikandi Kubang Pasu.
Klik Link ini [persediaan Srikandi Kubang Pasu memasak Bubur Lambuk] di rumah Ustaz Haji Taib sebelum diedarkan kepada masyarakat sekitar Pekan Changlun.
Hampir 1000 bungkus telah diedarkan kepada masyarakat. Penduduk berpuas hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Kedah sebagai negeri yang sejahtera sesuai dengan tema Negeri Kedah,
''Kedah Sejahtera''.
Selain daripada program Edar Bubur Lambuk, pada hari yang sama juga, PKR Kubang Pasu mengadakan Program berbuka puasa serta sumbangan kepada masyarakat dia kwasan Kubang Pasu. Sumbangan diberikan melalui 22 UPU seluruh kawasan Kubang Pasu. Sumbangan dibuat oleh syarikat DZ TRADE (M) sdn bhd.
No comments:
Post a Comment