Friday, 23 September 2011
Program Qurban Untuk Membantu Rakyat
PROGRAM QURBAN UNTUK RAYA AIDILADHA
- Memohon jasa baik sahabat, tuan/puan, rakan-rakan MAAHAD MAHMUD, dan teman-teman yang berhajat untuk melakukan Korban Aidiladha bagi tahun ini, 2011, agar dapat bersama-sama dilakukan di kawasan Parlimen Kubang Pasu khususnya Dun Bukit Kayu Hitam.
- Semoga Korban yang pihak tuan lakukan akan dapat meringankan beban rakyat di kawasan Parlimen Kubang Pasu sekaligus dapat membantu kami di Dun Bukit Kayu Hitam untuk menghadapi PRU13.
- Harga setompok = Rm 250
- Korban akan dilakukan di Masjid-masjid, serta Surau sekitar Dun Bukit Kayu Hitam.
- Semoga jasa baik tuan/puan dan rakan semua memperolehi kebaikan didunia dan di akhirat, Insya-Allah.
- Untuk Maklumat Lanjut :
Sila Hubungi :
En Zulkifly bin Mohamad ( Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu ) 010-5288333
Hakim ( 013-4148405 )
Wednesday, 21 September 2011
Gempar! Poster untuk burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Anwar Ibrahim
18 sept 2011
Alor Star - Beberapa poster palsu yang kononnya dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.
Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah.
Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri.
Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik.
“Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami,” katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR.
“Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu,” katanya.
Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). -sinar
Adakah UMNO telah takut dengan kebangkitan rakyat di Kedah? Siapa yang bertangungjawab dalam meretakkan hubungan kerajaan Pakatan rakyat di Kedah? Apakah mereka yang bertangungjawab ini sudah tidak ingat dosa dan pahala ?
Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu rakyat Kedah telah menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh.
Tuesday, 6 September 2011
Rumah Terbuka MB Kedah - Ustaz Azizan
![]() |
dihadapan Mentaloon |
Begitulah keadaan majlis Rumah Terbuka bersama bersama MB Kedah di Mentaloon. PKR Cabang Kubang Pasu juga turut hadir semasa majlis tersebut..antaranya ialah Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu, En Zulkifly bin Mohamad. Pengerusi KeADILan Negeri Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa dan lain-lain lagi.
Galeri Gambar
![]() |
En ZUlkifly bin Mohamad, Dato'Wan Salleh Wan Isa, Sanusi, Ismadi dan Pimpinan PKR. |
![]() |
Kemesraan MB Kedah Bersama DYMM Sultan Kedah |
Bersama Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa Bin Ismail
![]() |
Program Sumbangan kepada Masyarakat di Kg Juragan, Napoh. disampaikan oleh Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa Bin Ismail |
Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar, Kerajaan Pimpinan Pakatan Rakyat akan sentiasa bersama Rakyat.
''Tumbangkan Rejim Umno''
Melawat MKK di hospital
![]() |
Melawat MKK di Hospital Besar Alor Star |
Pemangku Ketua KeADILan Kubang Pasu yang juga merupakan Pengerusi MKK Negeri Kedah, En Zulkifly Mohamad bersama setiausaha KeADILan Negeri Kedah,En Fadly Mohamed Yeop
Melawat MKK yang sakit ketika menjalankan tugas serta Sumbangan kepada beliau.
Lawatan ini juga disertai oleh AJK PKR Kubang Pasu dan beberapa orang MKK yang lain.
Menurut En Zulkifly bin Mohamad, MKK merupakan struktur organisasi Majlis Ketua Kampung yang begitu sistematik. Banyak isu yang mereka tangani untuk menjaga kebajikan dan kepentingan penduduk. Tidak hairan kedudukan MB di Kedah semakin mantap kerana beliau mempunyai pemimpin kecil yang begitu komited dan bertanggungjawab.
Insya-Allah, saya akan Bertanding dalam Dun Bukit Kayu Hitam dan akan membantu rakyat tidak mengira fahaman politik,agama dan bangsa.
Tumbangkan Umno, Demi Rakyat!
Monday, 5 September 2011
Program Berbuka Puasa Bersama Pakatan Rakyat - 21 Ramadan
21 Ogos 2011 / 21 Ramadan 1432 , Kg Lembah Palas : Program Berbuka Puasa bersama masyarakat serta sumbangan dan zakat kepada warga emas,ibu tunggal dan anak-anak yatim telahpun berjaya dilaksanakan oleh PKR Kubang Pasu dengan bantuan Srikandi KeADILan Kubang Pasu. Sumbangan juga dibuat oleh DZ Trade (M) sdn bhd.
Program yang mendapat sambutan hampir 500 orang itu telah berjaya memikat hati masyarakat Changlun untuk mendekati Pakatan Rakyat. Antara Kenamaan yang hadir ialah Yb Zuraidah Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang, Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa ISmail, Ketua Keadilan Negeri Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa dan Ketua Srikandi Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail, Ketua Muslimat PAS Kubang Pasu, Dr Rohani binti Abdul Mutalib.
Selain itu, turut hadir ialah, Ahli-ahli majlis Cabang PKR Kubang Pasu, Ahli Pas Kawasan, Pengerusi DAP Kubang Pasu, Ketua-Ketua Imam, Ketua- Ketua Kampung dan masyarakat sekitar Kawasan Changlun.
Antara tentatif program pada hari tersebut ialah :
5.30 ptg : Ucapan Alu-aluan dan bacaan doa
5.45 ptg : Ucapan Pemangku Ketua Cabang Keadilan Kubang Pasu , En Zulkifly bin Mohamad
5.55 ptg : Ucapan oleh Speker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato' Dr Isa bin Ismail.
6.10 ptg : Ucapan Ketua Muslimat Pas Kubang Pasu, Dr Rohani binti Abdul Mutalib.
6.20 ptg : Ucapan Ketua Keadilan Negeri Kedah, Dato' Wan Salleh Wan Isa.
6.30 ptg : Ucapan Ketua Sriakandi Pusat, Siti Aishah Shaik Ismail.
6.40 ptg : Ucapan Perasmian oleh Yb Zuraidah Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang.
6.50 ptg : Sumbangan dan zakat
7.10 ptg : Bacaan Tahlil
7.31 ptg : Majlis Berbuka Puasa
8.30 ptg : Bersurai
Seramai 40 Anak-anak yatim menerima bantuan zakat dan 130 Ibu tunggal,warga tua, dan orang susah menerima sumbangan berupa makanan.

''DEMI RAKYAT''
GALERI GAMBAR

Kenduri Bubur Lambuk di Pekan C-Mart
21 Ogos 2011 / 21 Ramadan 1432 , C-Mart Changlun : PKR Cabang Kubang Pasu di ketuai oleh Encik Zulkifly bin Mohamad yang merupakan Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu telah mengadakan Program Edar Bubur Lambuk di sekitar Pekan Changlun. Lokasi yang menjadi tumpuan ialah di hadapan Pasaraya C-Mart Changlun dan Bazar Ramadan di Pekan Lama Changlun. Program ini juga dibantu oleh Srikandi Kubang Pasu.
Klik Link ini [persediaan Srikandi Kubang Pasu memasak Bubur Lambuk] di rumah Ustaz Haji Taib sebelum diedarkan kepada masyarakat sekitar Pekan Changlun.
Hampir 1000 bungkus telah diedarkan kepada masyarakat. Penduduk berpuas hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat dalam menjadikan Kedah sebagai negeri yang sejahtera sesuai dengan tema Negeri Kedah,
''Kedah Sejahtera''.
Selain daripada program Edar Bubur Lambuk, pada hari yang sama juga, PKR Kubang Pasu mengadakan Program berbuka puasa serta sumbangan kepada masyarakat dia kwasan Kubang Pasu. Sumbangan diberikan melalui 22 UPU seluruh kawasan Kubang Pasu. Sumbangan dibuat oleh syarikat DZ TRADE (M) sdn bhd.

Subscribe to:
Posts (Atom)