Menteri-menteri UMNO habiskan dana PRU yang selalunya ditetapkan dalam bajet Tahunan.
Pengumuman Kerajaan Selangor untuk memasuki PRU13 hanya selepas bulan Jun tahun 2012 akan datang ini ( setelah 4 tahun memerintah nanti, InsyaAllah ), sungguh mengecewakan pihak umno/bn.. Makin lenyaplah peluang umno/bn nak kenduri sakan peruntukan dana PRU yang selalunya ditetapkan dalam bajet Tahunan.
Kerajaan PR Selangor melihat tidak perlu PRU13 diadakan awal sebab :-
1) Mandat yang diberikan rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013.
2) Tidak mahu berulang-lagi amalan buruk umno/bn pada 2008, bilamana PRU diadakan pada Mac 2008 semua peruntukan ADUN umno/bn pada tahun tersebut telah habis digunakan, walaupun bajet baharu sahaja dibentangkan pada November tahun sebelumnya.
3) Kerajaan Negeri mahu memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2012 benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan akan datang.
Tiada seorang pun ADUN umno/bn yang mampu bersuara menafikan hal-hal tersebut di dalam siding DUN yang baru lalu
Namun demikian, Umno/bn nampaknya begitu marah dengan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan PR Selangor ini. Maka berbagai-bagai tuduhan dan kata-nista dilemparkan kepada Kerajaan PR Selangor.
Seperti yang telah dijangka, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Noh Omar, mempertikai keputusan tersebut dan menuduh YAB MB Selangor kononnya tunjuk dan gila kuasa lah, takut menghadapi pilihanraya lah.
Sejak isu Kondo-Lembu Feedlot dibongkar, Dia menjadi tidak keruan. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau langsung tidak menunjukkan pemikiran seorang bertaraf menteri. Noh tiada kredibiliti sebenarnya untuk mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini.
Selaku menteri kabinet, beliau telah gagal melaksanakan tugas malah terlalu banyak isu kontroversi yang gagal ditanganinya. Isu lembu-NFC misalnya, sebagai anak syarikat yang diletak di bawah kementeriannya, Dia bertanggungjawab untuk menjelaskan bagaimana geran RM250 juta dibelanjakan termasuk untuk membeli kondomonium.
Selain gagal, beliau juga cetek ilmu dalam pengurusan kewangan. Nampaknya dia begitu ghairah untuk menonjol di mata Perdana Menteri serta cuba untuk menenggelamkan peranan Datuk Satim Diman selaku Ketua Pembangkang, apatah lagi Ketua Pembangkang itu sendiri turut bergelumang dengan skandal.
Dengan tidak semena-mena pula, dia turut menuduh Kerajaan Negeri kononnya tidak mahu bekerja sama dengan Pusat lah, berpolitik dalam isu pertanian. lah Rakyat Selangor terutama golongan petani pasti masih ingat bagaimana tindakan beliau yang berpolitik sempit debagai Menteri yang menunjukkan kuasa terhadap seorang pegawai pertanian Selangor yang telah bekerjasama dengan kerajaan negeri di dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran petani.
Selaku Menteri, Noh telah mengarahkan pegawai tersebut dipindah keluar dari Selangor dan dimasukkan di dalam “cold storage” yang akhirnya pegawai tersebut mengambil keputusan memilih bersara awal.
Namun pegawai kerajaan yang cekal mahu berbakti kepada rakyat ini kini terus bekerja di bawah kerajaan negeri yang baru ini bagi satu projek penanaman padi organik; System of Rice Intensification ( SRI )di atas pembiayaan Pemerbadanan Mentreri Besar ( MBI ).
Dosa paling besar Menteri Pertanian terhadap petani padi di selangor dan seluruh Negara ialah apabila pada Okt, 2009 beliau telah mengarahkan penutupan Pusat Pengeluaran Benih Padi Sg Burong yang dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Ini adalah satu-satunya pusat pengeluaran benih di Selangor yang mengeluarkan benih sebanyak 7200 tan setahun dan membekalkan keperluan benih yang berkualiti kepada petani negeri ini. Selangor memerlukan 5,000 tan setahun, dan selebihnya adalah untuk kawasan jelapang padi yang lain.
Tindakan beliau ini telah meletakkan keselamatan makanan dalam negara dalam keadaan yang merisaukan kerana bekalan benih padi tidak lagi di bawah kawalan kerajaan seperti sebelumnya. Ini bermakna, sekiranya ada apa-apa bencana alam berlaku, negara mungkin menghadapi masalah membekalkan benih padi kepada petani. Ini telah pun berlaku pada bulan Okt, 2011 dimana petani Kedah dan Perlis mendapati masalah mendapatkan bekalan benih.
Tidak perlulah beliau berbangga dengan peruntukan RM150 juta yang dikeluarkan oleh kementeriannya kepada petani di Selangor. Hakikatnya, sehingga hari ini dia masih belum menjawab pendedahan bahawa peruntukan tersebut telah disalur kepada syarikat monopoli milik kroni. Harga benih padi yang diberikan adalah jauh lebih tinggi dan lebih malang lagi tidak berkualiti. Akibatnya telah membawa kesengsaraan kepada petani di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Selain menghantar samseng memukul pelapor dan menggertak petani, beliau menikus dalam isu ini. Jika benar PM mahu meletakkan beliau menerajui UMNO Selangor, dengan mempunyai kualiti sebegini maka seeloknya PM berfikir semula.
ALLAH MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA
No comments:
Post a Comment