Friday, 25 November 2011

SINDIKET MEMBERI KAD PENGENALAN KEPADA WARGA ASING

Kuala Lumpur- Disyaki satu operasi sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing sedang berlaku di pusat latihan KIWA berhampiran tepi lebuh raya menuju Lapangan Terbang Antarabangsa [KLIA] daripada IPD Sepang. Orang ramai telah berkumpul di pusat latihan tersebut manakala laporan polis telah dibuat dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak polis. Saksi di tempat kejadian bersama anggota peronda polis yang berada di tempat kejadian melihat beberapa orang yang disyaki warga asing telah dipindahkan daripada bilik latihan tersebut.

Pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan telah menahan 5 orang suspek yang cuba melarikan diri. Kesemua suspek berjaya ditahan dan telah dibawa ke balai polis IPD Sepang. Didapati agen yang menguruskan kejadian ini adalah orang yang sama terlibat di dalam kes sindiket yang berlaku di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putra Jaya tempoh hari. 

Kongres Ke-8 KeADILan

-Kongres KeADILan ke-8 yang akan berlangsung di Pulai Jaya,Johor.Kongres ini bertemakan 'Demi Rakyat' - tema sama Konvensyen KeADILan,juga manifesto KeADILan bagi PRU13.Tema ini didokong tiga paksi utama yang memberi tumpuan kepada isu rakyat.
"Pertama, memperkasa perjuangan demokrasi tulen untuk pilihan raya yang bebas dan adil. Kedua ,mengangkatagenda ekonomi rakyat yang adil dan bebas rasuah. Ketiga, menekankan aspek masyarakat bersatu padu yang merupakan satu perkara dasar parti,"-Nik Nazmi, Pengarah Komunikasi KeADILan..

Thursday, 24 November 2011

Gotong-royong di Kampung Kubang Pasu.

24/11/2011-Pemangku Ketua Cabang Kubang Pasu En Zulkifly Bin Mohamad turun padang membantu penduduk bergotong-royong membersihkan rumah En Zainon yang dilanda ribut pagi tadi...

Media Perdana Tidak jelaskan Skandal NFC-

Saiz Teks: A A A

Media perdana tidak jelaskan skandal NFC- Zuraida

KUALA LUMPUR 23 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, media arus perdana yang dikuasai Umno-Barisan Nasional cuba menutup skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Justeru itu katanya, laporan polis seluruh negara yang dibuat  terhadap NFC adalah untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap isu ini.
Serentak dengan laporan polis itu juga, katanya, Wanita KEADILAN akan mengedarkan risalah penerangan mengenai skandal berkenaan ke seluruh negara.
“Media arus perdana tidak menerangkan isu ini dengan jelas kepada rakyat.
“Jadi, hari ini kita akan turut sama mengedarkan risalah menerangkan isu ini kepada orang ramai,” kata Zuraida sewaktu ditemui di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.
Laporan tersebut yang dibuat Naib Ketua Wanita KEADILAN, Noorsham Abu Samah adalah sebahagian daripada 13 laporan yang dibuat serentak di seluruh negara.
Lima individu dinamakan dalam laporan itu iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar, dan Pengerusi NFC merangkap suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh.
Skandal itu mencuri tumpuan negara apabila NFC yang dikendalikan suami dan anak-anak Shahrizat menerima peruntukan RM250 juta wang rakyat untuk menternak lembu bagi bekalan pasaran lembu tempatan.
Namun demikian, NFC gagal memenuhi permintaan pasaran tempatan dan mengalami kerugian sejak beroperasi.
Pada masa sama, keluarga Shahrizat dilaporkan memberikan diskaun dalam jualan daging lembu NFC kepada rangkaian restoran mewah mereka.
KEADILAN juga mendedahkan RM116 juta dari dana  NFC dilabur dalam simpanan tetap yang memberi keuntungan atas angin sebanyak RM666 ribu.
Suami serta anak-anak Shahrizat juga dilaporkan menghabiskan kira-kira RM800 ribu wang NFC melancong ke luar negara.
Selain itu, NFC juga dilaporkan membeli dua unit kondominium mewah One Menerung, Bangsar yang menelan belanja RM13.9 juta. Terkini, keluarga Shahrizat dikatakan menunaikan umrah juga menggunakan dana NFC.

Tuesday, 22 November 2011

Najib Pulang Dari Mekah Selepas Menunaikan Haji.

" Taati pemimpin dari kalangan kamu selagi mana mereka mentaati perintah Allah dan Rasulnya..."

Persoalannya adakah Najib mentaati Perintah Allah dan Rasulnya dengan membiarkan Isterinya mendedahkan aurat...??...

Kini setelah kembali dari menunaikan Haji yang tak sempurna - kena bayar DAM
( kerana gagal menghadiri kursus Haji ) secara terang-terangan Najib masih lagi durhaka dgn perintah Allah dan Rasul...

Maka dengan itu hilanglah sudah kewajipan kita untuk mentaati Pemimpin seperti Najib ni.. Dengan ini adalah haram bagi kita semua mentaati pemimpin yg durhaka kepada Allah dan Rasul...

Jika kita mentaati serta menyokong pemimpin seperti Najib samalah jugak kita durhaka kepada Allah dan Rasulnya.. Berdosa kita menyokong, membantu serta bersekongkol dgn golongan yg berbuat maksiat terhadap Allah...

Insaf dan ingatlah bahawasanya Dosa Pahala, syurga neraka adalah benda yang wujud ini bukannya bahan senda gurauan..

Janganlah kita semua menjadi seperti golongan kafir di zaman Rasulullah yg mentertawakan berita tentang Dosa Pahala dan Syurga Neraka yg disampaikan oleh Banginda Rasulullah.....

Ù…َا Ù…ِÙ†ْ عَبْدٍ ÙŠَسْتَرْعِÙŠْÙ‡ِ اللهُ رَعِÙŠَّØ©ً ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ ÙŠَÙˆْÙ…َ ÙŠَÙ…ُÙˆْتُ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ غَاشٌ Ù„ِرَعِÙŠَّتِÙ‡ِ Ø¥ِÙ„ّا Ø­َرَّÙ…َ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ الْجَÙ†َّØ©َ

“Tidak ada seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lalu ia meninggal pada hari meninggalnya di dalam keadaan mengkhianati rakyatnya melainkan Allah telah mengharamkan ke atasnya syurga.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/343, no. 203. 9/353, no. 3409)

Pemberian Bantuan Kepada Rakyat

21 November 2011-Dalam keadaan hujan...Tetap setia membantu rakyat yang memerlukan bantuan...En Zulkifly bin Mohamad,Pemangku Ketua Cabang KeADILan Kubang Pasu memberi sumbang berbentuk alat keperluan untuk membina atau membaiki rumah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...